Tuesday, November 22, 2011

Khasiat Daging Eksotik


DAGING ARNAB - Ambil bahagian kepalanya dan masak. Ia dapat mengubati penyakit demam malaria. Jika dimakan daging yang dibakar, boleh melawaskan kencing, dapat mengubati retak batu pada kemaluan dan dapat mengemaskan perut yang gendut.
 
BURUNG RUAK - Sesuai dimakan bagi ahli sukan dan orang yang bekerja berat yang memerlukan oksijen yang banyak di dalam badan.
 
DAGING UNTA - Dapat menyembuhkan penyakit lelah atau semput atau asma.

BURUNG MERPATI - Dapat mengubati penyakit lembik, penyakit kebas,dan penyakit lumpuh. Jika dimakan yang betina dapat menguatkan tenaga batin.

BELALANG BERAS - Jika dimasak secara kukus, dapat mengubati penyakit susah membuang air kencing. Boleh juga mengubati penyakit dedas atau penyakit buasir. Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakar belalang tersebut, dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.
BUAYA  & LANDAK- Dapat mengubati penyakit asma (lelah) 

(Sumber: Ensiklopedia Petua Melayu Lama - Farit Ismeth Emir)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maharaja Lawak: Din Beramboi

Maharaja Lawak: Din Beramboi
Al FATEHAH