Wednesday, March 28, 2012

Hukum Fesyen Rambut Dreadlock

mop
Mop lantai konvensional
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk Bumi yang prasan dirinya sangat best! haha
Tema entry aku pada kali ini adalah mengenai Fesyen Rambut Dreadlock atau Rasta.Huh, Restoran Rasta tu camne lak? Hah? Ang tak tau ape tu Dreadlock? Perkataan Dreadlock menurut kamus Oxford Edisi Ke 10 bermaksud gaya rambut rastarian  dimana rambut akan dipintal menjadi tongcang yang ketat.
Asal Usul Fesyen Deadlock a.k.a Rasta
Kalau korang nak tahu Fesyen Dreadlock ni di inspirasikan daripada Mop lantai yang sangat konvensional tu…haha…tak ah, aku merapu je tu..haha. Sebenarnya , tidak diketahui bila fesyen rambut ni mula diperkenalkan. Tidak ada sebarang tarikh yang sebenar benar menunjukkan kemunculan fesyen ini. Walaubagaimanapun, menurut pelbagai sumber yang diperoleh, fesyen ini dikatakan bermula di negara afrika utara seperti Tanzania, Jamaika dan Kenya (Google search engine, retrieved March 28 2012) .
Dilaporkan lagi bahawa fesyen deadlock purba dijumpai oleh pengkaji sejarah pada artifak mesir purba seperti mumia di pusat arkeologi Mesir.
Bob_Marley121
Bob Marley - Pelopor Fesyen Dreadlock Dunia
Apa kaitan pulak dengan Rasta ni? Menurut sumber lagi, Rasta ni nama panggilan bagi pengikut bagi pergerakkan agama baru di Jamaica yang diberi nama Rastarian yang menyembah Haile Selassie I (Pemerintah Euthopia) pada tahun 1930-an.
 
Hukum Fesyen Dreadlock
Menurut pandangan ulama Sunni, mengenakan gaya rambut Dreadlock itu tidak salah , cuma masalah timbul apabila hendak mandi junub atau mandi wajib. Salah satu rukun mandi junub ni kan meratakan air di seluruh badan, lipatan lipatan badan termasuklah rambut.Bila bergaya rambut Dreadlock, mandi junub seseorang itu tidak sah kerana air tak dapat diratakan di celahan rambut tu.
UAI
Ustaz Azhar Idrus - Penceramah Yang Berjaya Menarik Minat anak muda mencintai Islam
Dalam siri ceramah Ustaz Azhar Idrus di Negeri Perak baru baru ini , beliau menyatakan bahawa gaya rambut Dreadlock dilarang oleh Nabi Muhammad kerana gaya rambut ini adalah gaya rambut orang kafir.
Aku berpendapat bahawa pandangan UAI itu bertitik tolak daripada satu hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Al Tirmizi , “ Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani”.
reshmonu iv
Reshmonu - Pelopor Dreadlock di Malaysia
Jelas bukan, hadith pun sebut camtu…so, Muslim boys and girls di luar sana yang teringin nak buat fesyen camni..think twice la. Tapi kalau rambut ko dah original dreadlock cam kawan aku orang Somalia tu takpe la (Sorry Mohamed, ter-mentioned ko plak) haha…ni yang aku worried sangat kat umat Muhammad SAW …yang paling ketara retis retis yang beragama Islam di Malaysia..baru baru ni nampak si Johan Raja Lawak ada buat fesyen rambut ni mase malam final RL.
dr-rozmey1
Dr Rozmey - Punyai Identiti Rambut Tersendiri
Hmm…macam macam betul la ragam manusia ni. Gaya rambut unik ala ala Mushroom cap Campbell yang orang dok selalu kutuk tu tu takde plak orang nak tiru. 
Masih belum terlambat kita untuk perbetulkan diri….wallahualam

3 comments:

etuza said...

Macam2 style rambut..usah warnakan dah lah ya..

Ahmad Saufe said...

yup...suke beno deme kaler rambut tu ypo...

Zach Othman said...

DAn RASTA adalah mengikut mengikut kitab mereka: The wearing of dreadlocks is very closely associated with the movement, though not universal among, nor exclusive to, its adherents. Rastas maintain that locks are supported by Leviticus 21:5 ("They shall not make baldness upon their head, neither shall they shave off the corner of their beard, nor make any cuttings in the flesh.") and the Nazirite vow in Numbers 6:5 ("All the days of the vow of his separation there shall no razor come upon his head: until the days be fulfilled, in the which he separateth himself unto the Lord, he shall be holy, and shall let the locks of the hair of his head grow.").
Nauzubillah wat peminat reggae yg taksub ngn rasta, dreadlocks ni, nak jadi Bob Marley, yg telah diangkat menjadi Paderi Terbesar Rasta...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maharaja Lawak: Din Beramboi

Maharaja Lawak: Din Beramboi
Al FATEHAH