Tuesday, March 20, 2012

Tanda Ilmu Tidak Barokah


Assalamualaikum.
Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang keberkahan dalam menuntut ilmu.
Ilmu itu pelita hidup, tanpa ilmu manusia tiada nilainya di sisi makhluk dan pencipta. 
Ilmu itu lebih berharga daripada harta yang ko ada berkoyang koyang tu.
Namun adakah kita sedar ilmu yang kita tuntut itu diberkati Allah swt?
Sebaik baik ilmu adalah ilmu al quran dan as sunnah.
Barokah atau tidak ilmu yang kita tuntut itu bergantung kepada bagaimana kita peroleh ilmu tersebut dan dengan cara bagaimana kita mengaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan seharian kita ke jalan yang di redhai oleh Allah swt. 
Berkat ke tak gaji yang kita peroleh tiap tiap bulan tu jika kita selalu mencuri dalam menuntut ilmu?
Wallahuallam, amat berat untuk di bincangkan akan isu dari segi itu. Namun sebagai hamba-Nya kita hendaklah sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya dan bertaubat atas apa kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Kesan daripada tiada keberkatan dalam ilmu yang kita tuntut itu akan menjurumus seseorang itu ke lembah kekufuran. 
Semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong kita dengan ilmu samaada dengan Allah swt  ataupun sesama manusia. 
Semakin berilmu semakin merasakan hebanya diri , tidak langsung merasakan hebatnya Allah swt.
Penyakit hati makin bersarang di dalam dada , memandang rendah kepada diri orang lain.
"Ilmu tanpa Amal Ibarat Daun Kering Yang Jatuh Berguguran di Bumi"
Wallahualam.

P/s: Ya Allah , kuatkanlah iman kami dan berkahilah segala ilmu yang kami tuntut ini supaya kami lebih mengenali-Mu. Lindungilah kami dari segala persaan takabur dan riak dengan segala ilmu yang kami perolehi. Amin







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Maharaja Lawak: Din Beramboi

Maharaja Lawak: Din Beramboi
Al FATEHAH